Thursday, December 25, 2008

"JIMBO" (ASWARA's first feature film)

When I was attend retreat ASWARA activity's planning 2009 (22-24 December 2008) in Port Dickson, faculty of film & Video had put proposal to issue ASWARA first feature film. This proposal had been well received by Rektor. Finally a few years after, idea to produce feature film can be realized. Although this film budget has been reduced of RM 1 million to RM 250,000.00, I still felt thanks. This is a good beginning and progress to film faculty. If this film is unsaleable in market, not waste and disappointed sense. We need prove first that this idea will succeed before ask more budget in the future.

I would work as producer for this ASWARA's first film. This film will not use film camera medium, but enough by using HD's camera. Surely its a delight to be shared with students when wishful thinking will implemented. This first film will be titled 'Jimbo'. His name heard pretty funny, but his story is very attractive. A story about a commune who live in underground (drain) Kuala Lumpur. Them have lived and grow since Yap Ah Loy's time. Be Malay community, Chinese and others live by clustered like those live above Kuala Lumpur land.

This attractive screenplay has been written by Dr Anuar Nor Arai. This film will be worked by students and lecturers together with several famous actor/actress.
Although this film only with low budget but I should prove capacity to generate superlative. This is success result for film faculty will be appearing in year 2009. After proving short films successes in international and local film festival, now time try creating name with feature film.



Abah...

Rasanya saya hendak mula menulis di blog ini dengan catatan peribadi sebelum memulakan dengan penulisan yang serius.


22 – 24 Disember 2008 saya di Port Dickson, Negeri Sembilan kerana terlibat dengan retreat ASWARA untuk merancang kalendar aktiviti 2009. Sebuah retreat hujung tahun yang agak santai dengan beban perbincangan yang tidak terlalu mengongkong masa yang ketat dan banyak. Ramai kakitangan sokongan yang hadir walaupun saya tak tahu apa tugas sebenar mereka di sini. Beberapa pegawai dari ‘kem’ kiri tidak hadir walaupun perbincangan ini melibatkan secara langsung perancangan fakulti masing-masing. Saya hadir pun kerana boss saya hadir dan ‘perintah’ saya hadir. Demi slogan “Berkhidmat Untuk Negara” saya gagahkan diri juga untuk hadir walaupun kurang ‘syok’ kerana ramai rakan-rakan ‘seperjuangan’ saya tiada ada di sini.

Sedang saya bersantai sendirian di kamar hotel baru serba mewah dan selesa (Hotel Avillion Admiral Cove), saya dikejutkan dengan sms daripada anak saudara saya di kampung. Sms ringkas yang mengatakan ayah saya sedang demam. Uhh…saya mengeluh kecil…risau dengan kesihatan ayah saya yang saya panggil ‘abah’ di kampung. Walaupun anak saudara mengatakan usah bimbang kerana demam biasa, hati saya berombak kecil kerisauan juga.

Saya terus termenung sehingga jam 2.00 pagi memikirkan abah. Seorang tua yang telah menjangkau usia lebih 90 tahun yang masih kuat berfikir dan sedang melawan penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit lututnya. Abah yang hanya bertemankan emak saya yang sudah berusia lebih 80 tahun di rumah kampung. Entah bagaimana keadaan mereka berdua yang setia hidup bersama selama lebih 60 tahun . Saya hanya mampu berdoa agar mereka terus dipanjangkan umur dan sihat walaupun saya selalu berperasaan bahawa saya dan adik beradik rela melepaskan mereka pergi ke alam yang ‘kekal’ dengan tenang kerana misi abah dan emak di dunia ini sebenarnya telah selesai. ‘Selesai’ maksud saya telah menyempurnakan tugas yang terbaik membesarkan anak-anak yang masing-masing telah berkeluarga dan hidup selesa; meninggalkan harta ilmu hidup, agama dan harta pusaka yang banyak untuk anak-anak; melihat di hadapan mata sendiri cucu-cucu dan cicit yang setiap tahun bertambah; dan mencurahkan kasih-sayang yang tiada bersempadan terhadap anak-anak, cucu dan cicitnya. Abah dan emak yang sehingga kini aman dikampung sebenarnya bonus bagi kami kerana usia mereka masih dipanjangkan Tuhan untuk melihat kami dan keluarga yang seramai 7 beradik ini.

Saya selalu memikirkan apakah tugas abah dan emak yang belum selesai (?). Jawapan saya tiada! Segala-galanyanya sempurna dan rasanya saya tidak mampu menandingi tugas dan jasa mereka. Abah dengan sikap tegas, kuat bekerja dan Ultra-UMNOnya. Emak dengan sikap sabar dan tenangnya walaupun kini telah banyak ‘pelupa’ apa yang diperkatakannya. Emak mungkin telah memasuki fasa-fasa awal ‘nyanyuk’ sebagai orang tua yang lewat usianya. Selalu menjadi hiburan dan usikan kepada anak-anak, cucu dan cicitnya kerana sikap ala-ala ‘nyanyuk’ emak itu. Tapi saya tidak mungkin dapat mencari wanita yang begitu sabar, tenang dan sentiasa tersenyum seperti emak. Emak seperti ‘ratu Loro Mendut’, ratu kayangan bagi saya…terlalu sempurna dengan sifat-sifat wanita keturunan Jawa yang amat setia dan penyayang dengan suami dan keluarganya. Berbeza dengan sikap abah yang tegas, garang sewaktu mudanya tetapi seorang yang amat setia dengan emak, kuat bekerja dan pemurah dengan hartanya yang agak banyak itu.


Abah terlalu pantang jika parti UMNO diperlekehkan oleh pambangkang atau anak-anak muda. Saya faham sikap Ultra-UMNO abah itu kerana dia berhadapan dengan 3 zaman iaitu zaman pemerintahan British, Jepun dan kemerdekaan. Abah akan mencabar sesiapa yang memperkecilkan UMNO walaupun sanggup memotong jarinya jika negeri Johor tumbang kepadi parti pembangkang. Sebagai seorang yang lahir sebelum tahun 1920-an, abah menyaksikan sendiri kelahiran UMNO di Istana Johor dan perjuangan orang-orang Melayu dahulu menentang penjajahan dan gerakan komunis. Malah abah (juga arwah atuk) tercatat sebagai anak murid Panglima Salleh ‘Selempang Merah’ yang masih hidup sehingga kini. Abah juga pernah menjadi anggota Polis Simpanan semasa zaman darurat dahulu. Segala perjuangan UMNO dan orang-orang Johor berlaku di hadapan matanya. Saya faham dengan sikap Ultra-UMNO abah itu… Bagi saya, biarlah abah bangga dengan UMNOnya itu, walaupun cucunya ada yang kuat menyokong parti pembangkang. Sikap abah itu yang membuatkan cucu-cucunya ‘tidak berani’ bercakap menyatakan sokongan terhadap parti pembangkang. Soalan abah mudah sahaja: Apa jasa parti pembangkang terhadap kamu? Selama ini negeri Johor dibangunkan dan maju dengan pemerintahan siapa? Cucu-cucunya akan mati kutu untuk menjawab… Sebab itu, pada saya, UMNO akan terus bertapak di Johor dengan sokongan golongan lama seperti abah itu…

Saya membesar di zaman ekonomi keluarga saya telah stabil. Masih teringat lagi masa kecil usaha keras abah ‘mengumpulkan’ harta. Hobi utama abah adalah meneroka hutan belantara di kampung saya dan di Johor Bahru. Pantang abah mendengar hutan mana yang kerajaan benarkan teroka, abah akan teroka. Masa zaman mudanya, abah akan meninggalkan emak dan anak-anak yang masih kecil di kampung berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk meneroka hutan tebal di Masai, Johor. Abah dan hutan tidak dapat dipisahkan semasa mudanya. Berbekalkan hanya dengan kapak, abah akan menebang hutan berkeluasan berpuluh hektar dan membakarnya untuk dijadikan kebun. Jika tidak bersendirian, abah akan membawa kawan-kawan kampungnya untuk membantunya menebang hutan. Konsep ‘lebotan’ (bahasa jawa yang bermaksud bergotong-royong) cukup tebal diamalkan pada zaman dahulu di kampung saya. Mereka akan bersama-sama secara bergilir-gilir meneroka kebun masing-masing. Abah sanggup tinggal di hutan sendirian berminggu-minggu lamanya untuk menjadikan kebunnya. Sebab itu kebun abah banyak. Saya congak-congak hampir 100 ekar. Saya memang tidak mampu menandingi usaha dan harta abah sampai mati pun… Abah juga seorang yang berani mencuba. Semasa penduduk kampung selesa dengan mengusahakan getah, sayur-sayuran dan nenas, abah pula menebang getah untuk menanam kelapa sawit. Pada mulanya penduduk kampung sekitarnya memperkecilkan usaha abah menanam kelapa sawit. Dia menjadi penduduk kampung sekitarnya yang mula-mula menanam sawit. Pada waktu itu, usaha penanaman sawit hanya dilakukan oleh felda dan syarikat ladang-ladang sawit yang besar seperti Sime Darby. Akhirnya usaha abah itu diikuti oleh penduduk-penduduk kampung sekitarnya kerana ekonomi getah yang tidak menentu. Sehingga kini pekebun-pekebun kecil di kampung saya dan Johor kebanyaknya menanam kelapa sawit.

Abah adalah insan yang saya kagumi. Saya juga merasakan sebahagian kebanggaan abah dapat saya penuhi. Saya satu-satunya anak yang berjaya menjejaki universiti pada tahun 1995. Tak terbayang perasaan gembira abah pada waktu itu. Walaupun saya anak yang paling nakal dan mewah dalam keluarga, setidak-tidaknya mampu membalas usaha keras abah membesarkan saya. Walaupun abah dan emak tidak pernah mengambil tahu dengan prestasi akademik saya di sekolah, tetapi mereka memberikan apa yang saya mahu dari segi wang ringgit dan perbelanjaan sekolah serta aktiviti ‘berfoya-foya’ semasa remaja. Memang saya akui tidak pernah merasai zaman susah keluarga kerana saya dibesarkan semasa ekonomi keluarga telah stabil. Segala kemahuan saya abah penuhi. Abang dan kakak saya seramai 6 orang itu yang pernah merasai bagaimana peritnya abah dan emak menyara keluarga. Semasa saya belajar di Universiti Malaya (1995-1998), abah memberikan segala-galanya wang ringgit. Saya yang kuat berboros dalam berbelanja dibekalkan wang tidak kurang RM 1000.00 sebulan oleh abah. Wang pinjaman JPA tidak cukup bagi saya. Jika saya telefon abah mengadu habis duit, abah sanggup menaiki bas ke Kuala Lumpur menghantar duit dengan segera. Abah pantang mendengar saya habis duit dan makan maggi. Pada abah itu adalah tanggungjawab dia dan dia rasa bersalah jika tidak memenuhi kehendak saya. Masa belajar di universiti adalah zaman mewah saya. Tapi akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang agak membanggakan. Abah tidak pernah mengharapkan balasan wang ringgit dari saya sehingga kini. Namun, selepas tamat pengajian dan bekerja, saya bersumpah dengan diri saya tidak akan meminta sesen pun duit abah walau bagaimana susahnya saya di Kuala Lumpur. Alhamdulillah sehingga kini saya mampu menyara diri dan keluarga tanpa meminta wang dari abah. Walaupun pendapatan saya sebulan tidak pernah mengatasi pendapatan abah yang banyak hasil dari kelapa sawitnya, saya tidak akan meminta wang darinya jika kehabisan gaji. Itu janji saya kepada diri sendiri dan sehingga kini saya masih berjaya lakukannya. Saya lebih rela meminjam bank daripada meminta atau meminjam dari abah. Pada saya, cukuplah bantuan dari abah yang banyak sehingga mampu menyara saya dengan mewah sehingga tamat pengajian di universiti. Kini giliran saya pula menghulurkan wang ringgit terhadap abah dan emak setiap bulan setakat yang termampu walaupun saya tahu mereka berdua tidak memerlukan. Setiap kali saya pulang ke kampung dan menghulurkan sebahagian kecil duit gaji saya kepada mereka berdua, saya lihat wajah abah dan emak cukup ‘gembira’ dan berterima kasih. Saya mengerti ‘gembira’ mereka berdua bukan kerana mereka mendapat duit dari saya, tetapi gembira kerana menandakan hidup saya semakin baik hasil kerja keras mereka membesarkan saya. Apalah sangat pada mereka duit bulanan yang saya sumbangkan berbanding dengan pendapatan abah sebulan yang banyak itu…

Apabila saya pulang ke kampung, saya mencuri-curi memandang abah dan emak. Kaki abah dan emak tidak kuat lagi seperti dahulu. Abah telah sembahyang dengan cara duduk sahaja. Selalu sahaja abah demam. Bila abah demam, emak yang tidak berapa kuat itu lagi yang akan berjaga malam menjaga abah. Emak pula berjalan dengan membongkok dan menggunakan tongkat. Bila melihatkan itu, saya rasa bersalah kerana tidak menjaga mereka berdua. Tapi masalahnya, abah dan emak tidak tahan tinggal di rumah anak-anak atau cucunya lebih dari 3 hari. Mereka akan membuat pelbagai alasan ingin segera pulang ke rumahnya di kampung. Ada sahaja alasan mereka, kucing tak makanlah, ayam-ayam tak makanlah dan akan tidur di pokoklah dan berbagai lagi alasan. Pernah sekali abah dan emak tinggal di rumah saya selama 4 hari. Pada petang sewaktu saya dan isteri pulang dari bekerja, abah dan emak telah di pintu bersiap-siap menunggu saya balik dengan beg pakaiannya telah dikemas. Abah dan emak nak balik kampung masa tu juga. Jika saya tak mahu hantarnya balik kampung, mereka minta hantar ke Puduraya dan balik dengan bas ke kampung. Saya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dan saya hantar mereka balik ke kampung malam itu juga. Alahai….abah dan emak, saya lihat mereka berdua terlalu setia bersama dan tidak mahu berpisah walau sehari. Kemana-mana pun mereka ingin berdua. Jika abah sakit, emak tak dapat tidur, begitu pula sebaliknya…Rasanya saya tidak dapat mengatasi kesetiaan mereka berdua…

Pada masa menulis ini, saya baru menelefon emak di kampung. Seperti biasa bertanyakan keadaan abah yang demam. Alhamdulillah…abah dan semakin sihat kata emak. Hati saya tidak terus tenang juga kerana saya tahu abah akan demam lagi. Saya tidak mampu untuk pulang ke kampung selalu kerana kekangan kerja saya dan isteri. Tapi saya selalu berdoa agar dipanjangkan umur mereka walaupun saya dapat menerima jika mereka ‘dijemput’ Tuhan bila-bila masa. Saya pun tidak tahu siapa dulu yang akan 'pergi'. Mungkin saya atau mungkin mereka berdua. Mungkin abah seperti arwah atuk dan nenek yang hidup lebih 100 tahun. Jika begitu takdirnya, saya menjadi manusia yang paling bertuah kerana puas menerima kasih-sayang mereka dan hidup bersama. Tapi saya sedar tiada yang kekal selama-lamanya dan apa yang kita minta tidak akan diperolehi semuanya. Pada saya, jika mereka pergipun dalam keadaan aman kerana mereka telah selesai menjalankan tanggungjawab mereka di dunia terhadap anak-anak dengan terlalu sempurna bagi saya. Mereka telah membekalkan kasih-sayang dan harta pusaka yang mencukupi untuk anak-anak dan cucu cicitnya. Tinggal tanggungjawab mereka dengan Allah yang hanya Allah SWT sahaja yang mampu menilainya. Saya yakin, Allah akan membalas dengan menjanjikan tempat yang baik untuk emak dan abah atas apa yang mereka telah lakukan selama ini…itu saya yakin…dan saya telah redha… Mereka berdua telah penat sebenarnya hidup dengan umur yang panjang ini…

Monday, December 22, 2008

Welcome!

After his a long time do not write in blog, now I back ease hand and sharpening mind to record each idea could say enjoyed together by friends. I hope will get the support from all of you. Also applied from all friends would give positive respond.

Thanks...

OperaJawa, from KL with love...